Showing posts with label girlfriends. Show all posts
Showing posts with label girlfriends. Show all posts

buat kawanku

kawan, aku rindu. sungguh, aku tak tipu. aku rindu kita yang dulu. yang kesana kemari bersama, balik sekolah sampai ke malam berfacebook entah gossip macam macam cerita. kita kongsi semua kenangan sama-sama. dari cerita pasal peta benua afrika hinggalah ke jebat pahlawan melaka. ingat tak masa hainies ingatkan kau suka kat farid ? aku ada buat post kan pasal tu dulu, kelakar je ! haha bahagia je dulu. Aku ingat lagi bila mana kau tak boleh tidur sebab esok paper physics SPM. kau takut tak boleh jawab. Aku ingat lagi kes kau teman aku ambik injection allergy masa kita camp dulu, "eh eh dah berkenalan pulak budak ni", kata aku dalam hati. mana mungkin aku tak sayang kau, banyak camp dah kita redah sama-sama. dari camp pertama kita kat sk putrajaya presint berapa tah sampai la ke camp kita kat terengganu. dah berapa banyak camp kita tidur sama-sama, macam mana aku tak rindu kau.  dari kita masuk solar cooking sampai kita ke pesta pantun. dari berpanas-panas (masa tu kau kenal budak sbpi rawang tu, Lim kan nama dia) sampai la ke gadis melayu berpantun. dari kisah budak kustech kena buang asrama, kisah mirul muncul nami, kisah amir nasrin muncul kza, semua benda kita redah je.  dari kisah-kisah tu lahirlah zine zine :D. kau ingat lagi tak ? 

kawan, hidup aku dah tak macam dulu. aku rindu kau. bila aku jumpa kau, rasa hati ni nak peluk kau erat, nak cium pipi kau. tapi seakan ada batas antara kita. sesuatu yang jadikan kita seakan berjarak pada jasad yang sangat dekat. aku nak cerita macam-macam pada kau, nak luah semua yang aku lalui selama kau tak ada dengan aku, tapi mulut aku terkatup seperti terlihat ada garis lutsinar yang menghalang aku untuk meluah. aku rindu nak baring sebelah kau sambil cakap tentang masa depan, pandang langit gelap dalam khemah camp. aku rindu nak tidur sebilik dengan kau sambil dengar kau otp dengan ayizahari kawan plkn kau waktu malam. aku rindu nak kau buatkan milo dengan maggi untuk aku, nak turun buka puasa ngan dinner sama -sama kat raff. kawan, kau ingat tak masa kita puasa tu, aku ada cerita pada kau yang classmate aku tanya kenapa aku puasa, dia ingat aku takde duit. pastu kau marah haha. sebab kita time tu kan puasa sunat. kawan, aku tak banyak kenangan dengan kau sejak umur kita 18. ada jugak sikit rasa cemburu bila tengok kau ada kawan lain dan lupa aku. tapi aku tau, kau bahgia. cukuplah untuk buat aku bahgia jugak. 

kawan, aku selalu fikir kenapa kita jadi macam ni. padahal dulu kita janji macam macam kan. nak kata kita ego pon tak boleh jugak, sebab aku sendiri tak faham definisi ego (aku sekarang dah malas nak bukak kamus dewan bahasa). kawan, aku teringin sangat nak kita jadi macam dulu. apa apa benda ke cerita ke semua kongsi sama sama. nak tanya life kau macam mana, study kau okay ke tak, aku selalu tengok kau tweet. tapi aku tak berani nak komen apa -apa. aku harap kau baik-baik saja. 

kawan, next time kalau aku nampak kau tweet, boleh ke aku komen? kalau aku nampak kau kat mana mana, boleh tak aku nak peluk kau? kalau aku rindu, boleh ke aku call kau? kawan, aku teringin sangat nak kita jadi macam dulu balik. kawan, kalau tiba masa aku nanti, doakan aku bahagia. aku tau kau akan doakan aku bahagia. aku sayang kau, dunia akhirat. 

assalamualaikum.
buat kawanku nurul nadiah mohd ali
23 mac 2015//1.17 pagi
doakan aku bahagia

Sayang

ini impian. ini cita-cita. ini kenangan. ini cikgu. ini laughing gas. ini machine gun. ini  drama. ini pembunuh. ini penasihat. ini kain lap. ini pengajar paling aku rindu. 










sayang korang.
xoxo,
princess

tidak marah, cuma tersinggung


hidup ini indah.
cuma terkadangnya kita yang lihatnya dari satu sudut : susah. 
kadang kita observe kita fikir kita simpulkan seseorang itu berubah dek kerana masa yang berlalu atau mungkin atas faktor lain yang berlaku. 

kalau kau kira aku berubah, mungkin memang benar aku berubah atau mungkin kau yang mula lihat aku dari sudut bukan lagi dulu. 

maaf. 
aku bukan hati besi yang mampu lihat engkau layan aku begitu : dihina.

atas nama tuhan,
aku jujur.

aku tersinggung.

aku diamkan. sudah tiga bulan. aku senyapkan. 
kalau boleh aku mahu hilangkan diri aku. agar kau tenang tak lihat lagi aku.

aku sedih. aku nangis. aku cuma manusia biasa.
terasa di setiap kata-katanya engkau
 di setiap perlakuannya engkau.

keluarga. teman. pelajaran. 
adalah trofi indah aku.
tapi sekarang makin lama aku lihat makin cacat rupa trofi aku. 
mungkin kau sudah jumpa trofi lain yang lebih indah dari milik aku.

benar.
trofi aku murah.
hidup aku tidak patut dimegah.
bahagia aku sangat harus disumpah.


sungguh.
aku penat.
aku sedang membukti aku sudah mampu.

kalau kau mahu pergi - terpulang.
kalau kau mahu kekal - khabarkan aku dirimu
jangan kata nombor telefon aku kau buang. 
oh kalau memang iya, twitter facebook semua masih ada :)

tuhan,
kuatkan aku untuk abaikan dunia itu.
aku sudah cukup.
tidak perlu yang tidak perlu.

The Palamian #UiTM

Assalamualaikum and hi :)
updating from UiTM Puncak Alam internet connection
by using Nurul Nadiah's internet cable.

Alhamdulilah. Almost 3 weeks of being Puncak Alam foundation student @ Palamian.

Alhamdulilah for the new mates. New scenery. New love. New lifestyle ( eat only twice a day) .

Alhamdulilah for the great memoirs and experiences of being Palamian. Being science student. Being communicate and interact with thousands of excellent people, yuppies to be, engineers to be, doctors to be, inshaAllah.

Alhamdulilah for the stamina that i used to climb the Tangga Kejayaan. Now I know how difficult and tiring for us to succeed.

Alhamdulilah for everything. Thank you for understanding.

UiTM di hatiku.

Terima kasih, kekasih

di hamparan rindu kita bertemu
di teratak kasih kita menagih
di hati sendiri kita bermimpi

ntuk lebih setengah dekad, terima kasih kekasih

hari dulu kita menanam
hari semalam kita membaja
hari esok kita menuai
hari ini kita nikmati peluh jaya







# phoyos credit to Milla

langkah baru sekecil dua

Di saat semua mata tak henti-henti
melihat gerak langkah aku sedari tadi
aku bikin putusan. Duduk seorang diri dia anjung sepi berteman melodi
melankolik di malam sunyi

Salahkah aku saat aku menentukan setiap gerak geri aku sendiri ?
Salahkah aku jika aku nekad buat keputusan untuk masa depan aku sendiri ?

Jika benar aku salah, betulkan aku.
tunjukkan bagian mana harus aku perbaiki

Jika benar aku benar, kunci mulutmu.
Jangan kau hirau apa lagi tindakan aku lepas ini

Aku masih perlu ibu
untuk tentukan apa terbaik buatku

Tapi aku yakin murabbi ada disetiap susahnya aku
dan mengapa harus aku kecewa
jika aku sudah pasti dia ada sentiasa disisi.

Senyumlah jiwa yang mati
Bangkitlah akal yang tandus
Harimu baru bermula
Harimu masih muda warnanya
Harimu indah buat meraka kecewa

Bangunlah, jalan masih jauh untuk kau kesalkan

We alls in Pangkor uolls #PartOne

Assalamualaikum and hi

Malam tu pening sebab fikir nak bawak baju apa, maggi berapa bungkus, nak pakai seluar apa, mandi nanti macam mana, kamera dah charge ke belum, whatsapp kawan, tapi yang whatsappnya asyik asyik bawa bikini bikini bikini. makanya selepas semua barang dimasukkan ke dalam beg beg beg dengan bantuan mummy tercinta, dapat tidur dengan lena sebab excited.

Bangun pagi, siap-siap ouh lama jugak siap sebab nak make sure takde pape tertinggal dan masukkan beg dalam kereta dan meluncurlah dengan lajunya kereta ayah menuju ke sekolah. Nampak bas dan ye nampak Hafiz sedang mengeluarkan barang-barang untuk bbq. Dan nampak jugak Eby dengan Ulya dekat bus stand. Aww these two cute girls dah ready sedangkan perut aku pon belum isi. Pergi sarapan jumpa pulak family Kimmul.

Masuk bas dan 'eyh dah ramai ?' Okay lupa nak beritahu yang ini adalah vacation bersama classmates ! Malas nak type lagi, tengok gambar jela. ALL THESE ARE PHOYOS ! 


Mula-mula memang excited tahap tak hinggat kan sebab that was the first time pergi bercuti dengan classmates and my beautiful gilfriends. So, konon-konon kemas beg cantik-cantik dan tangkap gambar. Tanda kenangan gituu. 

Dah naik feri, dah naik van, dah sampai villa, makan kat cafe , so tiba masa pergi pantai. Best sangat sebab monyet semua handsome, buaian yang extreme kosong takde sapa tengah main, budak-budak lelaki tengah mandi konon-konon berlatih berenang, dan pemandangan sangat cantik.





Tangkap gambar, main air, main buaian banyak kali dan best best tak henti henti. Btw, thanks Ulya, Eby dan Hafiz yang rajin layan aku main buaian.  Buaian tu sangat best dan sangat extreme, okay takdela extreme sangat, tapi kalau dah nak terlanggar dengan budak lelaki yang tengah main tali tu, kalau jatuh kan dah parah, habis basah baju. Dan ulya sangat doktor-doktor sebab pesan jangan main buaian tu lagi lah, bahayalah, takut peranakan jatuhlah, nanti mandullah. Well, kawan baik memang macam tu :)

Main punya main, gelak punya gelak, gambar pon dah berton Nadd ambik, video pon suara dah garau macam pondan, jadi tiba masa untuk hari senja. ehh tak, hari emmang dah senja time tu. Mari beramai-ramai duduk tepi pantai dan tengok sunset. 



SubhanaAllah, cantik okay.
Cantik sangat sampai taknak kedip mata...
tapi kena balik untuk bersiap...
ke malam penuh glamor...

in #PartTwo