Malam tu pening sebab fikir nak bawak baju apa, maggi berapa bungkus, nak pakai seluar apa, mandi nanti macam mana, kamera dah charge ke belum, whatsapp kawan, tapi yang whatsappnya asyik asyik bawa bikini bikini bikini. makanya selepas semua barang dimasukkan ke dalam beg beg beg dengan bantuan mummy tercinta, dapat tidur dengan lena sebab excited.
Bangun pagi, siap-siap ouh lama jugak siap sebab nak make sure takde pape tertinggal dan masukkan beg dalam kereta dan meluncurlah dengan lajunya kereta ayah menuju ke sekolah. Nampak bas dan ye nampak Hafiz sedang mengeluarkan barang-barang untuk bbq. Dan nampak jugak Eby dengan Ulya dekat bus stand. Aww these two cute girls dah ready sedangkan perut aku pon belum isi. Pergi sarapan jumpa pulak family Kimmul.
Masuk bas dan 'eyh dah ramai ?' Okay lupa nak beritahu yang ini adalah vacation bersama classmates ! Malas nak type lagi, tengok gambar jela. ALL THESE ARE PHOYOS !
Mula-mula memang excited tahap tak hinggat kan sebab that was the first time pergi bercuti dengan classmates and my beautiful gilfriends. So, konon-konon kemas beg cantik-cantik dan tangkap gambar. Tanda kenangan gituu.
Dah naik feri, dah naik van, dah sampai villa, makan kat cafe , so tiba masa pergi pantai. Best sangat sebab monyet semua handsome, buaian yang extreme kosong takde sapa tengah main, budak-budak lelaki tengah mandi konon-konon berlatih berenang, dan pemandangan sangat cantik.
Tangkap gambar, main air, main buaian banyak kali dan best best tak henti henti. Btw, thanks Ulya, Eby dan Hafiz yang rajin layan aku main buaian. Buaian tu sangat best dan sangat extreme, okay takdela extreme sangat, tapi kalau dah nak terlanggar dengan budak lelaki yang tengah main tali tu, kalau jatuh kan dah parah, habis basah baju. Dan ulya sangat doktor-doktor sebab pesan jangan main buaian tu lagi lah, bahayalah, takut peranakan jatuhlah, nanti mandullah. Well, kawan baik memang macam tu :)
Main punya main, gelak punya gelak, gambar pon dah berton Nadd ambik, video pon suara dah garau macam pondan, jadi tiba masa untuk hari senja. ehh tak, hari emmang dah senja time tu. Mari beramai-ramai duduk tepi pantai dan tengok sunset.
SubhanaAllah, cantik okay.
Cantik sangat sampai taknak kedip mata...
tapi kena balik untuk bersiap...
ke malam penuh glamor...
in #PartTwo