Showing posts with label love letter. Show all posts
Showing posts with label love letter. Show all posts

buat kawanku

kawan, aku rindu. sungguh, aku tak tipu. aku rindu kita yang dulu. yang kesana kemari bersama, balik sekolah sampai ke malam berfacebook entah gossip macam macam cerita. kita kongsi semua kenangan sama-sama. dari cerita pasal peta benua afrika hinggalah ke jebat pahlawan melaka. ingat tak masa hainies ingatkan kau suka kat farid ? aku ada buat post kan pasal tu dulu, kelakar je ! haha bahagia je dulu. Aku ingat lagi bila mana kau tak boleh tidur sebab esok paper physics SPM. kau takut tak boleh jawab. Aku ingat lagi kes kau teman aku ambik injection allergy masa kita camp dulu, "eh eh dah berkenalan pulak budak ni", kata aku dalam hati. mana mungkin aku tak sayang kau, banyak camp dah kita redah sama-sama. dari camp pertama kita kat sk putrajaya presint berapa tah sampai la ke camp kita kat terengganu. dah berapa banyak camp kita tidur sama-sama, macam mana aku tak rindu kau.  dari kita masuk solar cooking sampai kita ke pesta pantun. dari berpanas-panas (masa tu kau kenal budak sbpi rawang tu, Lim kan nama dia) sampai la ke gadis melayu berpantun. dari kisah budak kustech kena buang asrama, kisah mirul muncul nami, kisah amir nasrin muncul kza, semua benda kita redah je.  dari kisah-kisah tu lahirlah zine zine :D. kau ingat lagi tak ? 

kawan, hidup aku dah tak macam dulu. aku rindu kau. bila aku jumpa kau, rasa hati ni nak peluk kau erat, nak cium pipi kau. tapi seakan ada batas antara kita. sesuatu yang jadikan kita seakan berjarak pada jasad yang sangat dekat. aku nak cerita macam-macam pada kau, nak luah semua yang aku lalui selama kau tak ada dengan aku, tapi mulut aku terkatup seperti terlihat ada garis lutsinar yang menghalang aku untuk meluah. aku rindu nak baring sebelah kau sambil cakap tentang masa depan, pandang langit gelap dalam khemah camp. aku rindu nak tidur sebilik dengan kau sambil dengar kau otp dengan ayizahari kawan plkn kau waktu malam. aku rindu nak kau buatkan milo dengan maggi untuk aku, nak turun buka puasa ngan dinner sama -sama kat raff. kawan, kau ingat tak masa kita puasa tu, aku ada cerita pada kau yang classmate aku tanya kenapa aku puasa, dia ingat aku takde duit. pastu kau marah haha. sebab kita time tu kan puasa sunat. kawan, aku tak banyak kenangan dengan kau sejak umur kita 18. ada jugak sikit rasa cemburu bila tengok kau ada kawan lain dan lupa aku. tapi aku tau, kau bahgia. cukuplah untuk buat aku bahgia jugak. 

kawan, aku selalu fikir kenapa kita jadi macam ni. padahal dulu kita janji macam macam kan. nak kata kita ego pon tak boleh jugak, sebab aku sendiri tak faham definisi ego (aku sekarang dah malas nak bukak kamus dewan bahasa). kawan, aku teringin sangat nak kita jadi macam dulu. apa apa benda ke cerita ke semua kongsi sama sama. nak tanya life kau macam mana, study kau okay ke tak, aku selalu tengok kau tweet. tapi aku tak berani nak komen apa -apa. aku harap kau baik-baik saja. 

kawan, next time kalau aku nampak kau tweet, boleh ke aku komen? kalau aku nampak kau kat mana mana, boleh tak aku nak peluk kau? kalau aku rindu, boleh ke aku call kau? kawan, aku teringin sangat nak kita jadi macam dulu balik. kawan, kalau tiba masa aku nanti, doakan aku bahagia. aku tau kau akan doakan aku bahagia. aku sayang kau, dunia akhirat. 

assalamualaikum.
buat kawanku nurul nadiah mohd ali
23 mac 2015//1.17 pagi
doakan aku bahagia

masih

dimulakan dengan 
-i'm know im the best
disambung lagi dengan
-so i won't ever give up
disempurnakan dengan
-never give up never surrender

dulu. kini. masih.

aku pernah digelakkan saat aku kata baris keenam waktu dulu-dulu aku terima anugerah yang orang tak pernah kisah apa aku ada. yang mereka tahu cuma condemn kritik perli maki. 

aku ambil setiap tawa mereka, aku kumpul jadi nada padu untuk aku terus maju. sekarang alhamdulilah, setiap apa aku mahu aku dapat. setiap inci impian aku jadi nyata. masih, ramai yang cuba condemn kritik perli maki.

aku ambil baris keenam yang kini sudah jadi semacam anthem. sering aku lafaz sampai dah terbudaya dengan aku. never give up never surrender. 

kadang orang kata, 'alah itu cuma karma.' 
Karma apa kalau kau Islam masih sebut pasal karma. Selak buku Sejarah form 5, kau jumpa perkataan karma untuk agama Buddha asas dari Gautama Buddha. 

kalau kau Islam, al-quraan kita cuma kata qada' qadr. 

' kita muslim.
dan setiap takdir kita adalah hak tuhan untuk tahu sebab musababnya. hanya dia. tidak kita.
maka jangan sibuk hendak jadi referee. '

tak perlu condemn apa aku dapat, kritik rezki apa aku terima, perli aku dari setiap sisi dan maki bila kau dengki. tak perlu. terimalah. redhalah. rezki aku itu takdir aku. qada' qadr aku. siapa tau rezki kau mungkin lebih. lebih dari aku. cuma belum masa untuk tuhan tunjuk. 

2:172. Wahai orang-orang yang percaya, makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami rezekikan kamu, dan berterimakasihlah kepada Allah, jika Dia kamu sembah. '

jangan simply hina orang, siapa tahu satu hari nanti apa dia rasa sekarang bakal kau rasa nanti. baru nanti kau tahu apa rasaya dimaki, dijurikan oleh manusia yang diri sendiri sedang dinilai tuhan. seronok agaknya menghakim manusia lain. 

kita manusia.
kita penuh cela.
tuhan sendiri selalu beritahu.
maka terang2 dia tahu.

embrace yourself.
terima diri seadanya 
tiap kita ada sisi buruknya
tapi kalau kau jaga buruk itu
percayalah orang lain pasti lihat 'buruk' itu cantik.

masih.
never give up never surrender

khabarkan--
syukur tuhan untuk setiap rezki yang kau titip untuk aku hari-hari, untuk mereka yang aku sayang, untuk mereka yang makin hari makin menjauh, aku percaya setiap yang berlaku itu qada' qadr aku. takkan pernah mengalah untuk miliknya aku. datangnya dari kau.tuhan. 

' 3:37. Pemeliharanya terima anaknya dengan penerimaan yang baik, dan dengan kebaikan-Nya, dia membesar dengan menarik hati, dan Zakaria menjaganya. Setiap kali Zakaria masuk kepadanya di mihrabnya (bilik ibadat), dia dapati rezekinya. Dia berkata, "Wahai Mariam, dari manakah ini kepada kamu?" Dia berkata, "Daripada Allah." Sesungguhnya Allah beri rezeki kepada sesiapa Dia hendaki tanpa hitungan. '

sekarang kau nampak sisi aku yang lagi satu ?
diamkan --
kita sedang dijuri

Allah's Love Letters

" All the verses in the Quran are like the personal love letters from God to us. If you want to find solace and balm of the sore , the words will heal it straight away. They sooth you anytime. Sweet ! " - Hlovate

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang
Bukankah Kami telah melapangkan dadamu ?
Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat ?
Yang membebankan punggungmu ?
Dan Kami muliakan namamu.
Sesungguhnya disamping kesukaran datanglah kesenangan.
Sesungguhnya disamping kesukaran datanglah kesenangan.
Apabila engkau telah selelsai (mengerjakan sesuatu pekerjaan) maka bersusah payahlah (menegerjakan lain pekerjaan)
Dan kepada Tuhanmu, berharaplah.

* al - Insyirah *


                                         ....... boleh jadi kamu membenci sesuatu, 
                                                   padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
                                                       jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
                                                     padahal ia amat buruk bagimu ; Allah
                                                         Mengetahui, sedang kamu tidak
                                                                            mengetahui.

* al - Baqarah : 216 *

Tenanglah wahai hati.