masih

dimulakan dengan 
-i'm know im the best
disambung lagi dengan
-so i won't ever give up
disempurnakan dengan
-never give up never surrender

dulu. kini. masih.

aku pernah digelakkan saat aku kata baris keenam waktu dulu-dulu aku terima anugerah yang orang tak pernah kisah apa aku ada. yang mereka tahu cuma condemn kritik perli maki. 

aku ambil setiap tawa mereka, aku kumpul jadi nada padu untuk aku terus maju. sekarang alhamdulilah, setiap apa aku mahu aku dapat. setiap inci impian aku jadi nyata. masih, ramai yang cuba condemn kritik perli maki.

aku ambil baris keenam yang kini sudah jadi semacam anthem. sering aku lafaz sampai dah terbudaya dengan aku. never give up never surrender. 

kadang orang kata, 'alah itu cuma karma.' 
Karma apa kalau kau Islam masih sebut pasal karma. Selak buku Sejarah form 5, kau jumpa perkataan karma untuk agama Buddha asas dari Gautama Buddha. 

kalau kau Islam, al-quraan kita cuma kata qada' qadr. 

' kita muslim.
dan setiap takdir kita adalah hak tuhan untuk tahu sebab musababnya. hanya dia. tidak kita.
maka jangan sibuk hendak jadi referee. '

tak perlu condemn apa aku dapat, kritik rezki apa aku terima, perli aku dari setiap sisi dan maki bila kau dengki. tak perlu. terimalah. redhalah. rezki aku itu takdir aku. qada' qadr aku. siapa tau rezki kau mungkin lebih. lebih dari aku. cuma belum masa untuk tuhan tunjuk. 

2:172. Wahai orang-orang yang percaya, makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami rezekikan kamu, dan berterimakasihlah kepada Allah, jika Dia kamu sembah. '

jangan simply hina orang, siapa tahu satu hari nanti apa dia rasa sekarang bakal kau rasa nanti. baru nanti kau tahu apa rasaya dimaki, dijurikan oleh manusia yang diri sendiri sedang dinilai tuhan. seronok agaknya menghakim manusia lain. 

kita manusia.
kita penuh cela.
tuhan sendiri selalu beritahu.
maka terang2 dia tahu.

embrace yourself.
terima diri seadanya 
tiap kita ada sisi buruknya
tapi kalau kau jaga buruk itu
percayalah orang lain pasti lihat 'buruk' itu cantik.

masih.
never give up never surrender

khabarkan--
syukur tuhan untuk setiap rezki yang kau titip untuk aku hari-hari, untuk mereka yang aku sayang, untuk mereka yang makin hari makin menjauh, aku percaya setiap yang berlaku itu qada' qadr aku. takkan pernah mengalah untuk miliknya aku. datangnya dari kau.tuhan. 

' 3:37. Pemeliharanya terima anaknya dengan penerimaan yang baik, dan dengan kebaikan-Nya, dia membesar dengan menarik hati, dan Zakaria menjaganya. Setiap kali Zakaria masuk kepadanya di mihrabnya (bilik ibadat), dia dapati rezekinya. Dia berkata, "Wahai Mariam, dari manakah ini kepada kamu?" Dia berkata, "Daripada Allah." Sesungguhnya Allah beri rezeki kepada sesiapa Dia hendaki tanpa hitungan. '

sekarang kau nampak sisi aku yang lagi satu ?
diamkan --
kita sedang dijuri