The turning point

Assalamualaikum :)

Pejam celik pejam celik, dah nak masuk 14 tahun dah belajar secara formal sejak lahir. Belajar di tadika, sekolah rendah, sekolah agama, sekolah menengah dan tiba masa nak masuk ke universiti. Dulu-dulu kalau orang tanya impian apa mesti akan cakap "ingin menjejakkan kaki ke menara gading" hahaha dan alhamdulilah impian tu bakal tercapai. 

Kalau masa darjah 1 dulu, guru kelas tanya nak kerja apa dah besar nanti, dengan 100% yakin jawab nak jadi boss. Tang mana tau boss la syarikat la ni pon tak tahu lah. Mungkin pengaruh tv. Tapi siapa sangka, 10 tahun lagi bakal tercapai, amiin :) Bila dah besar sikit, mula la nak jadi jururtera. Mungkin sebab time tu famous semua nak jadi jurutera. Masuk Sekolah menengah , specifik sikit, nak jadi Jurutera Kimia. Tapi tiba-tiba bila dah nak masuk U, bertukar pulak nak jadi doktor. Entahlah, kita merancang Allah yang menentukan. 

Cara belajar dari dulu pon banyak berubah. Masa tadika, lepas mandi sebelum pakai baju mesti baca buku dulu. it's a habit btw. Bila naik sekolah rendah, i have a very strong dislikes to study. malas yang sangat sangat tak suka nak belajar. That's why i love blackout. Sebab kalau blackout takyah belajar. hikhik. Dan masa sekolah rendah dulu, selalu sangat tidur awal. around 9.30 memang dah lentok dah kepala atas meja belajar. Aina kecil-kecil dulu akan belajar atas meja yang sama dengan abang & kakak. So, bila dah mengantuk, tidur je. Nanti adalah orang angkat masuk bilik. Naik sekolah menengah, memang kena belajar. but then masa belajar pulak yang berubah. Pukul 10 baru start belajar. Sebab sekolah menengah nak kena buat homework, nak kena buat revision, nak kena hafal facts, so masa kena banyak. Kena guna masa pagi (2-5.30 am) untuk belajar. 

Terima kasih guru-guru Tadika Jaya Setia, SR Integrasi Al- Awabeen, Sk Jaya Setia, Sk Bukit Badong, SRA Jaya Setia, SMKA Kuala Selangor, SMK Raja Muda Musa & Cikgu-cikgu tusyen. Jasa kalian membentuk siapa saya hari ini. cewah :)

Banyak perubahan dari 4 tahun hingga18 tahun. And i used to miss all those memoirs. Saya bertuah sangat sebab ada mummy & ayah yang selalu teman malam-malam untuk belajar, yang buatkan air malam-malam, yang tanya apa belajar harini kat sekolah, yang selalu bagi semangat bila rasa almost give up.  Dan kalau nak diikutkan, tak mampu nak balas segala jasa tu. Result UPSR, PMR, SPM belum mampu nak balas. 

And now is the turning point. The Uni's life. The dean's list. The pointer. The result. InshaAllah :) Fisabillilah. For mummy & ayah.