Ya Allah,
Aku mohon padaMu
Permudahkan urusannya, hidupnya serta matinya.
Kau berikanlah kejayaan atas usaha kerasnya.
Kau tetapkanlah imannya hanya untukMu.
Kau murahkanlah rezkinya serta makbulkan setiap doa.
Kau titipkanlah jodoh terbaik untuk dirinya.
Jadikanlah dia hamba yang setia, anak yang soleh,
abang yang bertanggungjawab, suami yang teguh iman
serta ayah yang terbaik luaran dan dalaman.
Aku mohon ya Allah, berikanlah kegembiraan sepanjang hidupnya,
seperti mana dia memberi sinar kepada manusia lain.
Berikanlah dia kawan-kawan yang baik,
yang sentiasa ada disamping jatuh bangunnya dia.
Ya Allah, aku mohon sangat sangat ya Allah.
Tetapkan terbaik untuk dirinya kerana dia manusia baik.
Hidup dan matinya.
Usmkejut
18 April 2015 // sabtu
9.09pm
Untuk kau manusia baik