tidak marah, cuma tersinggung


hidup ini indah.
cuma terkadangnya kita yang lihatnya dari satu sudut : susah. 
kadang kita observe kita fikir kita simpulkan seseorang itu berubah dek kerana masa yang berlalu atau mungkin atas faktor lain yang berlaku. 

kalau kau kira aku berubah, mungkin memang benar aku berubah atau mungkin kau yang mula lihat aku dari sudut bukan lagi dulu. 

maaf. 
aku bukan hati besi yang mampu lihat engkau layan aku begitu : dihina.

atas nama tuhan,
aku jujur.

aku tersinggung.

aku diamkan. sudah tiga bulan. aku senyapkan. 
kalau boleh aku mahu hilangkan diri aku. agar kau tenang tak lihat lagi aku.

aku sedih. aku nangis. aku cuma manusia biasa.
terasa di setiap kata-katanya engkau
 di setiap perlakuannya engkau.

keluarga. teman. pelajaran. 
adalah trofi indah aku.
tapi sekarang makin lama aku lihat makin cacat rupa trofi aku. 
mungkin kau sudah jumpa trofi lain yang lebih indah dari milik aku.

benar.
trofi aku murah.
hidup aku tidak patut dimegah.
bahagia aku sangat harus disumpah.


sungguh.
aku penat.
aku sedang membukti aku sudah mampu.

kalau kau mahu pergi - terpulang.
kalau kau mahu kekal - khabarkan aku dirimu
jangan kata nombor telefon aku kau buang. 
oh kalau memang iya, twitter facebook semua masih ada :)

tuhan,
kuatkan aku untuk abaikan dunia itu.
aku sudah cukup.
tidak perlu yang tidak perlu.