Saing

hidup ni ada pilihan tapi bukan hak kau untuk menjadi pemilih untuk setiap perkara.
memang hak tu ada
tapi tak pasti lagi apa kau pilih itu yang terbaik.

hidup ini pengalaman. 
bukan apa kau nak kau dapat.
bukan apa kau fikir bakal jadi.

fikirlah, kadang-kadang kita nak sangat sangat sangat baju kat kedai tu. toleh banyak kali sebab kau memang nak sangat sangat sangat. 
tapi kau tak boleh nak dapat. sebab apa ? sebab kau takde duit, mak kau tak kasi atau memang ye kau takde duit. lepas 5 hari kau lalu balik depan kedai tu, kau tengok baju tu dah takde. dah kena beli. 

apa kau rasa ? 
kecewa sebab tak dapat baju ? 
tapi kau ada fikir apa kau buat untuk dapat baju tu ? 
ada kau cakap kat mak kau nak baju tu ? 
usaha tak nak dapatkan duit ?

macam tu lah hidup. kau ada peluang, kau dapat depan mata tapi still kau buat tak tahu. bila kau nampak orang lain dapat peluang yang kau dapat, dan berjaya dengannya, mula lah kau nak sedih, nak kecik hati etc. 

manusia, hidupnya selalu mendengki. lagi-lagi yang namanya 'M'

mula saat ni, cuba kau (kita) ubah sikit cara fikir. cuba letakkan diri dalam kelas minda pertama. 
kita ni developing country, belum lagi jadi developed country tapi attitude kau serupa negara langsung takde progression. 

Kelas minda pertama.
hidup ni mudah, pilihan terbentang depan mata, 
tapi bukan selalu jadi hak kita untuk memilih. 

bersaing tu penting. 
menang dalam persaingan itu bukan kayu pengukur. 
cuma cara bagaimana kau bersaing itu penting. 

masih

dimulakan dengan 
-i'm know im the best
disambung lagi dengan
-so i won't ever give up
disempurnakan dengan
-never give up never surrender

dulu. kini. masih.

aku pernah digelakkan saat aku kata baris keenam waktu dulu-dulu aku terima anugerah yang orang tak pernah kisah apa aku ada. yang mereka tahu cuma condemn kritik perli maki. 

aku ambil setiap tawa mereka, aku kumpul jadi nada padu untuk aku terus maju. sekarang alhamdulilah, setiap apa aku mahu aku dapat. setiap inci impian aku jadi nyata. masih, ramai yang cuba condemn kritik perli maki.

aku ambil baris keenam yang kini sudah jadi semacam anthem. sering aku lafaz sampai dah terbudaya dengan aku. never give up never surrender. 

kadang orang kata, 'alah itu cuma karma.' 
Karma apa kalau kau Islam masih sebut pasal karma. Selak buku Sejarah form 5, kau jumpa perkataan karma untuk agama Buddha asas dari Gautama Buddha. 

kalau kau Islam, al-quraan kita cuma kata qada' qadr. 

' kita muslim.
dan setiap takdir kita adalah hak tuhan untuk tahu sebab musababnya. hanya dia. tidak kita.
maka jangan sibuk hendak jadi referee. '

tak perlu condemn apa aku dapat, kritik rezki apa aku terima, perli aku dari setiap sisi dan maki bila kau dengki. tak perlu. terimalah. redhalah. rezki aku itu takdir aku. qada' qadr aku. siapa tau rezki kau mungkin lebih. lebih dari aku. cuma belum masa untuk tuhan tunjuk. 

2:172. Wahai orang-orang yang percaya, makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami rezekikan kamu, dan berterimakasihlah kepada Allah, jika Dia kamu sembah. '

jangan simply hina orang, siapa tahu satu hari nanti apa dia rasa sekarang bakal kau rasa nanti. baru nanti kau tahu apa rasaya dimaki, dijurikan oleh manusia yang diri sendiri sedang dinilai tuhan. seronok agaknya menghakim manusia lain. 

kita manusia.
kita penuh cela.
tuhan sendiri selalu beritahu.
maka terang2 dia tahu.

embrace yourself.
terima diri seadanya 
tiap kita ada sisi buruknya
tapi kalau kau jaga buruk itu
percayalah orang lain pasti lihat 'buruk' itu cantik.

masih.
never give up never surrender

khabarkan--
syukur tuhan untuk setiap rezki yang kau titip untuk aku hari-hari, untuk mereka yang aku sayang, untuk mereka yang makin hari makin menjauh, aku percaya setiap yang berlaku itu qada' qadr aku. takkan pernah mengalah untuk miliknya aku. datangnya dari kau.tuhan. 

' 3:37. Pemeliharanya terima anaknya dengan penerimaan yang baik, dan dengan kebaikan-Nya, dia membesar dengan menarik hati, dan Zakaria menjaganya. Setiap kali Zakaria masuk kepadanya di mihrabnya (bilik ibadat), dia dapati rezekinya. Dia berkata, "Wahai Mariam, dari manakah ini kepada kamu?" Dia berkata, "Daripada Allah." Sesungguhnya Allah beri rezeki kepada sesiapa Dia hendaki tanpa hitungan. '

sekarang kau nampak sisi aku yang lagi satu ?
diamkan --
kita sedang dijuri

Remeh temeh : Pak Pandir

Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang

Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu

Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk-angguk
Suruh geleng-geleng

Oh puji lah aku
Ampu lah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku

sumber