Kisah ini yang pernah hidup kemudian mati sendiri

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih Allah, berikan dia gembira
Terima kasih Allah, hilangkan darinya kecewa


Melihat satu susuk yang dulu masih berteleku duduk mengenang nasib merintih bersedih tak pernah surut kata-kata rungut, kini mampu bergelak riang bercanda senang tersenyum tenang tanpa satu kedut yang menunjukkan dia bersunggut dengan nasib. 

Ya, nasib kini yang jauh lebih indah lebih cerah lebih mudah dari yang dahulunya pernah kelam gelap dan yang nampak hanyalah cahaya kepatahan. Atau mungkin sebetul adalah pudarnya sayang, serapah curang dan seterusnya hilang.

Ruang kosong dulu kini berisi padu bercantum satu tersusun rindu menjadikan dia mampu berdondang sayang, ketawa senang.

Untuk kau cuma satu, saat bahagia datang menyapa jangan pernah kau lupa yang sedia memaut sedihnya kau, yang memapah kekecewaannya kau, yang membelai lembut tangisnya kau, satu masa dulu. 


Abaikan memori semalam yang berkecai,
Pinggirkan harapan dulu yang tersungkur,
Bangun, berdiri maju setapak lagi.

Biarkan kisah semalam merobek resah,
Izinkan hari ini merungkai cerita indah.




It's our grandpa's day, Scouts !






Pengasas Pengakap, Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dilahirkan pada 22hb Februari 1857 di Hyde Park, London. Pada tahun 1876, Baden Powell (BP) ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam pasukan askar di India. Pada tahun 1903, BP mendapat pangkat Ketua Inspektor. Pada tahun 1907, ketika pulang ke England, BP menganjurkan satu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki.

Pada tahun 1908, BP mengarang sebuah buku yang bertajuk 'Scouting for Boys'.
Buku ini telah menjadi kitab bagi pengakap dunia. Ramai yang menerima ideanya. Hal ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia. Dalam Jambori Pengakap Sedunia pertama di Olympia pada tahun 1920, BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung sedunia.

Pada tahun 1937, BP bersama isterinya, Lady Baden Powell meninggalkan London dan menuju ke Kenya, Afrika dan bermastautin di sebuah kampung. BP melancong ke serata dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan Pengakap dan Pandu Puteri. BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan Pengakap.

Pada 8hb Januari 1941, BP meninggal dunia dan dikebumikan dengan penuh kehormatan di Kenya, Afrika. Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pengakap ialah:



TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU - Lord Baden Powell


Persetiaan pengakap

Maka dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya dengan seberapa daya upaya saya, akan
Taat kepada Tuhan, raja, dan negara,
Menolong orang pada setiap masa,
Menurut undang-undang pengakap.

Undang-undang pengakap

  • Dipercayai 
  • Taat 
  • Berguna
  • Bersaudara 
  • Berbudi
  • Kasihkan Binatang 
  • Menurut Perintah
  • Tabah Hati 
  • Berjimat
  • Suci fikiran, suci perkataan, suci perbuatan

We alls in Pangkor uolls #PartOne

Assalamualaikum and hi

Malam tu pening sebab fikir nak bawak baju apa, maggi berapa bungkus, nak pakai seluar apa, mandi nanti macam mana, kamera dah charge ke belum, whatsapp kawan, tapi yang whatsappnya asyik asyik bawa bikini bikini bikini. makanya selepas semua barang dimasukkan ke dalam beg beg beg dengan bantuan mummy tercinta, dapat tidur dengan lena sebab excited.

Bangun pagi, siap-siap ouh lama jugak siap sebab nak make sure takde pape tertinggal dan masukkan beg dalam kereta dan meluncurlah dengan lajunya kereta ayah menuju ke sekolah. Nampak bas dan ye nampak Hafiz sedang mengeluarkan barang-barang untuk bbq. Dan nampak jugak Eby dengan Ulya dekat bus stand. Aww these two cute girls dah ready sedangkan perut aku pon belum isi. Pergi sarapan jumpa pulak family Kimmul.

Masuk bas dan 'eyh dah ramai ?' Okay lupa nak beritahu yang ini adalah vacation bersama classmates ! Malas nak type lagi, tengok gambar jela. ALL THESE ARE PHOYOS ! 


Mula-mula memang excited tahap tak hinggat kan sebab that was the first time pergi bercuti dengan classmates and my beautiful gilfriends. So, konon-konon kemas beg cantik-cantik dan tangkap gambar. Tanda kenangan gituu. 

Dah naik feri, dah naik van, dah sampai villa, makan kat cafe , so tiba masa pergi pantai. Best sangat sebab monyet semua handsome, buaian yang extreme kosong takde sapa tengah main, budak-budak lelaki tengah mandi konon-konon berlatih berenang, dan pemandangan sangat cantik.





Tangkap gambar, main air, main buaian banyak kali dan best best tak henti henti. Btw, thanks Ulya, Eby dan Hafiz yang rajin layan aku main buaian.  Buaian tu sangat best dan sangat extreme, okay takdela extreme sangat, tapi kalau dah nak terlanggar dengan budak lelaki yang tengah main tali tu, kalau jatuh kan dah parah, habis basah baju. Dan ulya sangat doktor-doktor sebab pesan jangan main buaian tu lagi lah, bahayalah, takut peranakan jatuhlah, nanti mandullah. Well, kawan baik memang macam tu :)

Main punya main, gelak punya gelak, gambar pon dah berton Nadd ambik, video pon suara dah garau macam pondan, jadi tiba masa untuk hari senja. ehh tak, hari emmang dah senja time tu. Mari beramai-ramai duduk tepi pantai dan tengok sunset. 



SubhanaAllah, cantik okay.
Cantik sangat sampai taknak kedip mata...
tapi kena balik untuk bersiap...
ke malam penuh glamor...

in #PartTwo

Are we ready for this ?

Assalamualaikum and hi


Setiap insan pasti akan merasai 'mati',
Cuma masanya tak siapa pun pasti,
Kegerunan Izrail mesti dihadapi,
Walaupun diri mendesak ingin melarikan diri,
Tapi, kenapa perlu menghadapi mati?

Dengar sini,
Mati adalah salah satu tanda kekuasaan Illahi,
Diam di barzakh menunggu saat tibanya hari penghisaban diri,
Ruang rehat bagi mereka yang iman dan taqwa dijadikan pakaian diri,
Tetapi sebaliknya nasib mereka yang sering memungkiri,
Perintah Illahi.

Jadi,
Buatlah pilihan yang terbaik duhai akhi dan ukhti,
Mana yang lebih kau senangi,
Jika inginkan kebaikan diri,
Bersiap siagalah menghadapi janji Tuhan yang pasti mengunjungi,
Kerana saat tiba kehadirannya kau akan menghadap Illahi.

Akan tetapi,
Jika kau tetap memilih untuk berfoya-foya lagi,
Maka ingatlah!
Tika sampai waktunya, janji kan ditepati,
Mustahil sekali untukmu kembali ke dunia buat kesekian kali.

Oleh itu,
Bertaubatlah wahai diri-diri,
Yang masih diberi peluang untuk kembali kepada fitrah yang suci.

" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan.
"(al-Araf:34)
credit : Iluvislam.com

Entered the ICU ward to see my Maksu who suffered from a-type-of-sickness impact of car collision with a drunk Chinese in Rengit, and finally she was authorized died by the doctor on 13 February 2013 after 5 days fights with her situation at the time was really alert me that we can die anytime, anywhere, and with a variety of ways. 
Are we ready for the moment ? Are we ready to bring all of our good deeds,villainy and sins to meet The Creator ? Did we do what Allah ask we to do ? did we leave what Allah ask we to leave ? Did we pray on time ? Did we recite Qoran everyday ? Did we cover our aurah perfectly ? Did we loves our parents ? Did we solawah for our prophet ? Did we make Allah as the first ? 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, 
malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. 
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”


Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati – “Kullu nafsin zaiqatul maut”

Credit : Bacaan Talkin
--------------------------------------------------------------------------
I'm a Muslim and I want to die as a Muslim




Hugs and Kisses

Assalamualaikum and hi.

Pernah rasa benci tertekan meluat menyampah muntah hijau tak bila pergi mana-mana orang akan cakap

A       : Eh, you sekolah mana dulu?
B       : I sekolah yang kat Seremban tu, *****. Yang ramai budak hot tuuu.
C       : Ouh.. I sekolah *****. You kenal tak *masukkan nama*
A       : You sekolah mana ?
Aku   : Semermum. I'm Semermumian.. and proud to be.


Sejujurnya, sekolah aku tak berapa banyak benda yang nak dibanggakan jika dibandingkan dengan all other SBPs sebab sekolah aku bukan term of SBP or Kluster. Woo sekolah aku luar bandar cikai kampung je kot. Tapi, hati jiwa sukma aku ni tetap pilih untuk stay kat sekolah cikai ni (and rejected the SBP offer) dari Form1 till i'm officially out from the school after finishing my SPM.  

Dan aku rasa being not the SBP student is a cool one or maybe in other word "not that bad". Sini aku kenal siapa kawan siapa lawan. Siapa sayang siapa bayang. Siapa baik siapa taik. Sini aku kenal dunia, aku kenal rasa, aku kenal Nadd, Eby, Ulya. Dengan lebih rapat lebih mendalam lebih sayang lebih kuat lebih akrab sampai boleh nangis tanpa segan silu, boleh pinjam barang tanpa perlu pulang, boleh suruh belanja tanpa perlu rasa apa-apa, boleh kongsi apa dia rasa, dia rasa, dia rasa, aku rasa. Dan satu pencapaian aku paling baik sepanjang kat sini, aku pernah bangun terlebih awal sebab nak tumbuk cili-belacan-bawang-ikan bilis, masuk dalam kuali, goreng dengan nasi = Nasi Goreng untuk orang tersayang. 

Baik baik sayang macam tu pon bukan tak pernah gaduh, terkecik hati, tulis note kecik " aku merajuk, tolong pujuk ", terjeles bila ada orang dapat Cadburry besar pastu tak share pon (Nadd) , tiap-tiap malam call sebelum tidur kat Pangkor (Eby) , yang Ulya aku taktau tang mana nak jeles. Woo, wait wait. Tu semua jeles ke ? Hahaha gila, main-main je. 






adik ipar katanya. hambikkkk...



Ya, kami semua memang lawa cantik ayu anggun gorgeous awesome dan kelassss gitu. Eyh, hangpa paham dak aku rindu hangpa nih ? Tak kisah la nanti kta jauh dekat dalam negara luar negara seberang laut sebelah sungai yang penting aku jadi princess then i'll be okay :) Sayang rindu kat korang tak pernah habis. Sila terharu dan tulis dalam diari. 

xoxo,
princess